Thursday, April 28, 2016

berhujah dengan orang berilmu

"Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu" - Imam Syafie

golongan anti-vaksin
ibu melahirkan tanpa bantuan teknologi dan kepakaran
apakah yang sedang berlaku di tanah air?
benarkah ini semua?
kenapa perlu menegakkan yang nyata memudaratkan
hebatkah kalian berbicara kononnya konsep saintifik
tanpa benar-benar memahami secara keseluruhan
lalu menggentarkan hati rakyat yang sedang keliru
yakinkah kalian bila membentang korelasi aefi dengan vaksin
walhal kalian menunjukkan kejahilan sendiri
bila terbitan itu sebenarnya batal sejak lama dulu
lantaran data yang nyata dimanipulasi
banggakah kalian bergraduasi menjadi doula
setelah berkuliah di alam maya selama 21 jam
lalu berbicara lebih hebat dari doktor bertauliah
yang hadir kuliah bertahun dengan pakej praktikal
seronokkah kalian
melihat anak-anak yang polos itu
merengek di katil hospital atau dikambus tanah
atau melihat bayi itu hilang kasih ibu yang maut
kerana kejahilan kalian
seronokkah kalian?
seronokkah kalian?
seronokkah kalian?
oh aku lupa
itu semua qada dan qadar
maafkan aku kerana menjadi jahil agama

cinta

aku tahu
rasa cinta itu mengindahkan
rasa cinta itu menyenangkan
rasa cinta itu mengkhayalkan
buat kau terbang bagaikan di kayangan

tapi sayang,
simpan cinta itu untuk dirimu
simpan rasa itu untukmu dan dia
simpan untuk hari tuamu
simpan sayang itu untukmu dan dia

sayang yang kau paparkan
bagaikan terlalu murah
mengertilah wahai kalian
simpanlah sayangmu, kami rasa nak muntah

kerana kami juga insan yang tahu dan sentiasa berkasih sayang



Ada apa dengan swiss

Satu - landskap

Anugerah Allah untuk negara kecil ini
Keindahan alam semulajadi yang memukau
Sekali pergi pasti berulang kali mahu mengunjungi
Apatah lagi kalau punya kesempatan uang dan waktu

:: perjalanan menuju ke puncak
Brunnih├╝tte ::


:: tasik kecil (yang bersih) di atas gunung ::


:: bukankah indah anugerahNya ::


:: berhadapan dengan Engelberg (Mount Titlis)
Engel = angel
Berg = hill/mountain ::


:: satu perjuangan ::



:: demi menuju ke puncak jaya ::



Wednesday, April 27, 2016

Sang perindu

Aku lah sang perindu itu
Keseorangan menjalani cabaran hidup
Oh Tuhan, KepadaMu ku pohon
Pinjamkan ku kekuatan itu
Tabahlah duhai hati......



Kembara jalanan mencari diri

Hidup ini adalah satu kembara
Kembara yang tiada penghujung
Melainkan terhenti di saat nafasmu berakhir


:: jalan tiada berpenghujung hingga kau tiba ke rumah abadi ::


:: tanpa mengira apakah metode perjalananmu, teruskan langkahmu.. ::


:: di sebalik mendungnya awan, terselit keindahan, 
hanya perlu melihat ke sekeliling ::


:: teruskan sehingga akhirnya kau sedar,
sebenarnya kau mampu melakukannya ::


:: walau banyak kisah pedih di sebalik tabir ::

kembara basikal solo Zurich-Baden-Zurich, 17 April 2016



ada apa dengan wang 2

dengan wang kau boleh jadi disayangi
dengan wang juga kau boleh dimusuhi
dengan wang juga kau boleh dibuang saudara
dengan wang juga kau boleh jadi berduka

pokok pangkalnya
hati kau
diri kau
dari sudut mana kau lihat wang





gila sukan 1

sekarang tengah musim menggilai sukan
sebab merasa diri mengah bila berjalan
sebab sangat suka makan dengan banyak
suka atau tidak, sukan jadi pilihan

diet?
ada dalam kamus secara teori
tiada dalam kamus kehidupan aku



cantik dengan solekan

kadang saya juga bersolek
sekadar solekan tipis
melainkan ada keperluan
tapi makin tua makin tak rajin

cuma hairan orang yang bersolek sampai berbotol
kau yakin kau nampak cantik
tapi kau tak sedar
dalam hati ramai kata berkata tidak

biarlah solekan tipis tampak natural
jangan sampai nampak macam kau baru menconteng tepung ke wajah sendiri
apatah lagi menconteng arang di muka sendiri

(belajar dari pengalaman sendiri sebagai penggemar barang solekan)

bergambar sambil muncung itik

i was once there
well, jiwa muda remaja
tapi bila imbas kembali
terasa geli
apalah kau nak jadi itik
dah cantik kejadian jadi manusia
nak muncung itik
itik pun hairan agaknya tengok kau



perempuan dan cantik

lumrah wanita suka kecantikan
lumrah wanita nak nampak cantik
tapi wahai wanita
tolonglah jangan mudah ditipu

apalah guna telan berbotol ubat
tapi makan tak berjaga
bersenam jauh sekali
berlebihan supplemen pun bahaya

jangan terpedaya nak jadi cantik
jangan buntang mata sangat nak jadi putih

oh by the way,
kebanyakan kulit sihat tiada masalah itu faktor genetik
sekian



ada apa dengan sistem bertingkat?

kenapa ramai orang mudah terpedaya
pelaburan jangka masa pendek katanya
masih tak serik-serik dengan pelbagai laporan di dada akhbar dan kaca televisyen?
oh come on
rakyat Malaysia bijak kan?

aku nak beli baju online pun berkire
apatah lagi nak beli emas main pos
aku nak melabur dekat bank pun fikir berkali-kali
nak buat pinjaman berpuluh ribu sertai kempen sistem pemasaran bertingkat-tingkat?
memang (kurang) bijak bertingkat-tingkat



ada apa dengan wang 1

Dengan wang
hidup menjadi lebih mudah
dengan wang
kau boleh menjadi raja
dengan wang
banyak yang menjunjung kau
dengan wang juga
kau boleh menjadi syaitan!
ya,
hidup perlukan wang
wang itu keperluan dalam kehidupan
tapi wang tak boleh membeli segala-segalanya
contoh paling mudah
bila malaikat izrail dah datang
kau rasuah dengan semua harta kau pun tak ada guna, bro!

mula dari kosong

Kelahiran semula

Ya,
blog ini mengalami kelahiran semula
semua bermula dari kosong

selamat membaca