Wednesday, August 10, 2016

Kaya kah

Berpusu-pusu umat manusia
Menunjuk siapa lebih berharta
Tas tangan mahal berjenama
Baju seluar kasut jenama ternama

Tudung sehelai beratus harganya
Bukan hanya sehelai dua
Tapi koleksi menggunung rupanya
Terlihat seperti di butik gayanya

Rupanya aku yang masih di takuk lama
Tak mampu mewah seperti mereka
Bangga melihat jaya anak bangsa
Semoga aku turut berjaya dan kaya

Tapi doaku satu..
Semoga aku terus selesa dengan tudung 10 euro ku
Tak salah punyai keinginan berbelanja
Cuma tahu apa yang dinamakan kemewahan dan keperluan
Kalau income 5000, bertas harga 10000, itu mewah
Kalau income 50000, bertudung 500, itu biasa


Saturday, August 6, 2016

Apa definisi cantik untuk anda?

Cantik itu lain pada pandangan setiap mata manusia.

Ada beberapa yang aku istilahkan seorang itu nampak cantik
Bersih
Kemas
Dia nampak selesa dengan diri dia
Lalu melangkah dengan keyakinan
Nampak dia menjadi diri dia sendiri

Tak perlu sepatu dan tas tangan berjenama mahal
Tapi cukup dia selesa dan tahu acara apa yang dia hadiri
Rasanya tak salah mengidolakan seseorang untuk dijadikan rujukan
Tapi untuk bertukar menjadi orang lain, kau akan jadi lelah
Percayalah...
Jadi diri sendiri lebih mudah, dan efisien

How can u walk in confidence when your brain is busy thinking about someone else but not you?

Sunday, June 26, 2016

Jahil tapi sombong

Apa sudah jadi
Antivaksin semakin meninggi
Banyak guna nama agama
Tanpa mahu memperinci

Sedangkan kata mufti dan ulama dipersenda
Tidakkah kau takut memfitnah pewaris Nabi?
Walhal bila kau bersuara berdegar-degar tentang agama.
Tidakkah kau takut meragui ulama'

posted from Bloggeroid

Monday, May 16, 2016

Ramadhan menjelang tiba

Waktu di bangku persekolahan
Seringkali mendengar teladan tentang ramadhan
Acapkali diberitakan hikmahnya ramadhan
Detoksifikasi setelah berbulan tak berhenti sistem penghadaman

Namun kini
Lihat di meja makan
Kadang penuh, tak habis sampai basi
Lalu terbuang sia-sia jadi pembaziran

Terdetoks kah kita
Bila makan secara berlebihan
Terdetokskah hati kita
Bila nafsu berbuka tiada kawalan?

Kurang sebulan Ramadhan menjengah...

posted from Bloggeroid

Back on trail

It is not easy huh.
Getting ready for the SOLA race event.
Even a new shoes cannot help me.
Got very bad foot blister.
Well, not because of the shoes.
But i chose the wrong socks.



Learn from the experience.

posted from Bloggeroid


posted from Bloggeroid

Thursday, April 28, 2016

berhujah dengan orang berilmu

"Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu" - Imam Syafie

golongan anti-vaksin
ibu melahirkan tanpa bantuan teknologi dan kepakaran
apakah yang sedang berlaku di tanah air?
benarkah ini semua?
kenapa perlu menegakkan yang nyata memudaratkan
hebatkah kalian berbicara kononnya konsep saintifik
tanpa benar-benar memahami secara keseluruhan
lalu menggentarkan hati rakyat yang sedang keliru
yakinkah kalian bila membentang korelasi aefi dengan vaksin
walhal kalian menunjukkan kejahilan sendiri
bila terbitan itu sebenarnya batal sejak lama dulu
lantaran data yang nyata dimanipulasi
banggakah kalian bergraduasi menjadi doula
setelah berkuliah di alam maya selama 21 jam
lalu berbicara lebih hebat dari doktor bertauliah
yang hadir kuliah bertahun dengan pakej praktikal
seronokkah kalian
melihat anak-anak yang polos itu
merengek di katil hospital atau dikambus tanah
atau melihat bayi itu hilang kasih ibu yang maut
kerana kejahilan kalian
seronokkah kalian?
seronokkah kalian?
seronokkah kalian?
oh aku lupa
itu semua qada dan qadar
maafkan aku kerana menjadi jahil agama

cinta

aku tahu
rasa cinta itu mengindahkan
rasa cinta itu menyenangkan
rasa cinta itu mengkhayalkan
buat kau terbang bagaikan di kayangan

tapi sayang,
simpan cinta itu untuk dirimu
simpan rasa itu untukmu dan dia
simpan untuk hari tuamu
simpan sayang itu untukmu dan dia

sayang yang kau paparkan
bagaikan terlalu murah
mengertilah wahai kalian
simpanlah sayangmu, kami rasa nak muntah

kerana kami juga insan yang tahu dan sentiasa berkasih sayang