Thursday, April 28, 2016

berhujah dengan orang berilmu

"Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu" - Imam Syafie

golongan anti-vaksin
ibu melahirkan tanpa bantuan teknologi dan kepakaran
apakah yang sedang berlaku di tanah air?
benarkah ini semua?
kenapa perlu menegakkan yang nyata memudaratkan
hebatkah kalian berbicara kononnya konsep saintifik
tanpa benar-benar memahami secara keseluruhan
lalu menggentarkan hati rakyat yang sedang keliru
yakinkah kalian bila membentang korelasi aefi dengan vaksin
walhal kalian menunjukkan kejahilan sendiri
bila terbitan itu sebenarnya batal sejak lama dulu
lantaran data yang nyata dimanipulasi
banggakah kalian bergraduasi menjadi doula
setelah berkuliah di alam maya selama 21 jam
lalu berbicara lebih hebat dari doktor bertauliah
yang hadir kuliah bertahun dengan pakej praktikal
seronokkah kalian
melihat anak-anak yang polos itu
merengek di katil hospital atau dikambus tanah
atau melihat bayi itu hilang kasih ibu yang maut
kerana kejahilan kalian
seronokkah kalian?
seronokkah kalian?
seronokkah kalian?
oh aku lupa
itu semua qada dan qadar
maafkan aku kerana menjadi jahil agama

cinta

aku tahu
rasa cinta itu mengindahkan
rasa cinta itu menyenangkan
rasa cinta itu mengkhayalkan
buat kau terbang bagaikan di kayangan

tapi sayang,
simpan cinta itu untuk dirimu
simpan rasa itu untukmu dan dia
simpan untuk hari tuamu
simpan sayang itu untukmu dan dia

sayang yang kau paparkan
bagaikan terlalu murah
mengertilah wahai kalian
simpanlah sayangmu, kami rasa nak muntah

kerana kami juga insan yang tahu dan sentiasa berkasih sayang



Ada apa dengan swiss

Satu - landskap

Anugerah Allah untuk negara kecil ini
Keindahan alam semulajadi yang memukau
Sekali pergi pasti berulang kali mahu mengunjungi
Apatah lagi kalau punya kesempatan uang dan waktu

:: perjalanan menuju ke puncak
Brunnihütte ::


:: tasik kecil (yang bersih) di atas gunung ::


:: bukankah indah anugerahNya ::


:: berhadapan dengan Engelberg (Mount Titlis)
Engel = angel
Berg = hill/mountain ::


:: satu perjuangan ::



:: demi menuju ke puncak jaya ::



Wednesday, April 27, 2016

Sang perindu

Aku lah sang perindu itu
Keseorangan menjalani cabaran hidup
Oh Tuhan, KepadaMu ku pohon
Pinjamkan ku kekuatan itu
Tabahlah duhai hati......



Kembara jalanan mencari diri

Hidup ini adalah satu kembara
Kembara yang tiada penghujung
Melainkan terhenti di saat nafasmu berakhir


:: jalan tiada berpenghujung hingga kau tiba ke rumah abadi ::


:: tanpa mengira apakah metode perjalananmu, teruskan langkahmu.. ::


:: di sebalik mendungnya awan, terselit keindahan, 
hanya perlu melihat ke sekeliling ::


:: teruskan sehingga akhirnya kau sedar,
sebenarnya kau mampu melakukannya ::


:: walau banyak kisah pedih di sebalik tabir ::

kembara basikal solo Zurich-Baden-Zurich, 17 April 2016



ada apa dengan wang 2

dengan wang kau boleh jadi disayangi
dengan wang juga kau boleh dimusuhi
dengan wang juga kau boleh dibuang saudara
dengan wang juga kau boleh jadi berduka

pokok pangkalnya
hati kau
diri kau
dari sudut mana kau lihat wang





gila sukan 1

sekarang tengah musim menggilai sukan
sebab merasa diri mengah bila berjalan
sebab sangat suka makan dengan banyak
suka atau tidak, sukan jadi pilihan

diet?
ada dalam kamus secara teori
tiada dalam kamus kehidupan aku